Posts

Showing posts from 2009

Birthday Party

Image
Hari ini adalah hari yang amat bermakna buat saya.... Bila saya balik dari kerja, saya dapati anak-anak dan suami telah menyediakan berbagai-bagai makanan istimewa untuk meraikan birthday saya. Mereka telah menyediakan Birthday cake, cup cakes, ayam panggang, kentang panggang dan pasta goreng. Semuanya Wan Aishah, Wan Mariyam, Wan Yusof dan Wan Ahmad Ibrahim yang sediakan. Hinggakan birthday cake juga mereka bake. Siap dengan decoration nya sekali. Semuanya mereka masak sendiri. Mereka telah cuba hidupkan api selama 2 jam sebelum dapat memanggang ayam dan kentang.. Saya adalah ibu yang amat bertuah kerana dikurniakan anak-anak yang amat menyayangi ibu mereka... Terima kasih yang tidak terhingga untuk anak-anak dan suami ku...... Mama sayang semua anak-anak mama dan suamiku yang tercinta....... Lihatlah makanan yang mereka sediakan... Juga kad "Happy Birthday" yang anak-anak reka-cipta sendiri. Mereka gunakan daya creativiti mereka dengan menggunakan manila card besar. Cantik ...

Kek Coklat Lembap

Image
Resipi ini adalah resipi kek Hari Jadi anak saya..kawan-kawannya amat gemar kek ini.. Ianya tidaklah terlalu manis tapi menepati citarasa kanak-kanak.Selepas ianya dihias cantik ianya adalah seperti kek yang dibeli di kedai.Lihatlah hasilnya. Bahan-bahan A: 1/2 cawan serbuk koko-diayak 1/2 cawan air 180 gm gula kastor Bahan-bahan B: 1/4 cawan gula kastor 125 gm mentega 125 gm tepung naik sendiri-diayak 3 biji telur 1 sudu teh esen vanilla Cara-cara: 1.Masak bahan A dengan menggunakan api yang perlahan.Sejukkan. 2.Pukul gula dan mentega sehingga kembang.Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang. 3.Masukkan bahan A yang telah dimasak tadi.Gaul rata. 4.Masukkan tepung dan gaul sebati. 5.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.

Puding Roti

Image
Mari kita mencuba pencuci mulut ....... puding roti . Bahan-bahan: 1 buku roti 50 gm kismis 3/4 liter santan kotak atau susu UHT dipanaskan sedikit 3 biji telur 90 gm gula 5 helai daun pandan 2 sudu teh tepung jagung. Cara-cara: 1. 4 keping roti dipotong 3 segi 2. Selebih roti hendaklah di koyak-koyak dan direndam didalam air. 3. Letakkan kismis kedalam bekas pembakar dan aturkan kepingan roti yg telah dipotong. 4. Gula, telur, susu / santan dicampurkan dengan pemutar (blender). 5. Daun pandan diblender dengan sedikit air. Tapis air pandan dan masukkan kedalam adunan santan tadi. 6. Tapis roti yang direndam dalam air. 7. Campurkan roti kedalam adunan santan. 8. Tuang adunan kedalam bekas pembakar yang telah diatur dangan kepingan roti. 9. Tabur kismis dan bakar adunan puding. 10. Bakar dengan suhu 170 darjah Celcius selama 1 jam. Puding ini boleh dihidangkan ketika panas atau didinginkan didalam peti sejuk. Amat sesuai dihidangkan dengan sos rasberry atau dimakan begitu saja.

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Image
Asal kuih pau adalah makanan orang Tionghua. Tapi kini ianya menjadi kesukaan semua rakyat Malaysia. Kuih pau agak mudah disediakan tetapi perlu di uli hingga lembut. Bahan-bahan: 1 kg tepung pau. 8 gm Yis kering 18 gm baking powder 100 gm gula 30 gm lemak sayuran (shortening) 10 gm bread improver 450 ml air Cara membuatnya: 1. Timbang semua bahan 2. Gaul semua bahan kering didalam alat penggaul, masukkan air. Uli sehingga gula dan yis hancur. 3. Masukkan lemak sayuran dan uli sehingga lembut. 4. Bentuk doh kecil-kecil dan masukkan inti, peram selama 30 minit. 5. Kukus doh selama 8 hingga 10 minit. Bahan inti. 1 kg kacang merah/kacang hitam 1 kg gula 30 gm minyak atau lemak sayuran Daun pandan Cara menbuat inti: 1. Rendam kacang hingga kembang 2. Rebus, jangan sampai terlalu lembik 3. Matikan api dan blend. 4. Masukkan dalam periuk, masak sehingga hampir kering. 5. Masukkan gula. 6. Bila telah kering, matikan api dan masukkan minyak. Sekiranya ingin makan pau daging atau ayam. Bolehlah...

Murtabak Mini

Image
Anak-anak saya sangat suka makan murtabak. Dalam bulan Ramadhan makanan kegemaran mereka adalah murtabak. Saya sediakan mertabak mini dan simpan dalam peti sejuk sebagai makanan frozen. Sekiranya hendak makan bolehlah diambil dari peti sejuk dan dipanaskan semula. Resepi yang akan mudah dan berkhasiat. Bahan-bahan: Kulit popia Daging kisar --- 1 kg Gula secukup rasa Garam secukup rasa Rempah kari sebungkus 4 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah telur Cara membuat: 1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. 2. Masukkan rempah kari, bila naik bau masukkan daging. 3. Masukkan sedikit air dan campurkan garam, gula dan masak hingga kering. 4. Apabila sejuk campukan telur secukupnya. 5. Masukkan inti kedalam kulit popia. 6. Bentuk kepada empat segi. 7. Bakar hingga masak atau garing. Sekiranya hendak jadikan frozen, bolehlah dimasak separuh masak sahaja.Sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk.

Kek Lobak

Image
Hari ini saya telah mengubah layout blogspot, agak lebih menarik. Marilah kita sama-sama berkongsi resepi kek yang saya gemari. Bahan-bahan: Bahan A 220 gm marjerin 80 gm mentega 240 gm gula 1/8 sudu garam Bahan B 4 biji telur 1/4 sudu perisa vanila Bahan C 240 gm tepung 1 sudu teh serbuk penaik Bahan D 80 gm kacang hazel 1/8 sudu serbuk kulit kayu manis Bahan E 165 gm lobak yg sudah diparut Parutan kulit 1 biji limau Icing Hiasan Atas 200 gm gula icing 30 gm mentega 1 1/2 sudu besar jus limau Parutan kulit 1 biji limau Cara-cara: 1. Putar A hingga lembut. Tambah B dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil. 2. Kaup dan balikkan bahan-bahan yang diayak C & D.Campur adunan dengan sebati 3. Campur E dan gaul rata-rata. 4. Tuang adunan kedalam acuan bulat berukuran 9 inci yg telah disapu dengan minyak dan dialas kertas. Bakar pada takat suhu 180 darjah Celcius selama 50 minit. 5. Glis permukaan dengan icing dan dihiasi nya dengan lobak marzipan. 6. Siap dihidang. Icing hiasa...

Roti

Image
Pada hari ini, 25/6/2008, saya belajar dari kawan baik saya, namanya Azah, bagaimana cara untuk create blog. Saya amat tertarik dengan blog kawan-kawan saya yang amat rajin mengumpul resepi. Saya suka masak roti, sebab suami dan anak-anak saya gemar makan roti. Semua jenis roti mereka suka. Resepi roti biasa yang telah saya ubahsuai dan terjamin ianya menjadi. Roti Standard Bahan: 500 gm tepung high protin 50 gm gula kastor 11 gm yis 25 gm susu tepung 50 gm marjerin/butter 250 gm air sejuk / 250 ml air biasa 5 gm garam 1 biji telur 7 gm bread improver (optional) Cara-cara: 1. Campurkan semua bahan kering kecuali garam, butter, air dan telur ke dalam bread mixer. 2. Bila semua bahan kering sudah gaul rata, masukkan telur, air, garam & marjerin 3. Gaul/uli sampai sebati 4. Rehatkan hingga naik 2 X ganda 5. Bahagikan doh kepada ketul-ketul kecil, buatkan 50g setiap satu atau ikut citarasa sendiri. 6. Rehatkan doh selama 10 – 15 minit 7. Masukkan inti atau buat apa-apa bentuk yg disuka...

Coconut Blackberry

Image
Ini adalah resepi yang sedap untuk dimakan diwaktu petang. Saya dah buat beberapa kali, ianya menjadi dan amat menarik. Resepi ini saya saya dapat dari rancangan TV, ada seorang Mat Salleh dari Australia yang masak.....Sesiapa yang gemar kuih manis bolehlah mencubanya.... Coconut Blackberry Slice Ingredients For the base 125g / 4½oz unsalted butter 60g / 2¼oz caster sugar 1 egg1 tsp vanilla extract 185g / 6½oz plain flour 1 tsp baking powder 60ml / 2¼fl oz milk For the filling 175g / 6¼oz blackberry jam 250g / 8¾oz blackberries For the topping 100g / 3½oz unsalted butter 5 tbsp caster sugar 2 eggs 225g / 8oz desiccated coconut (boleh dibeli di kedai jual bahan-bahan buat kek) 60g / 2¼oz plain flour Method 1. Preheat the oven to 180C/350F/Gas 4. 2. To make the base, cream the butter and sugar in a bowl until light and fluffy. Add the eggs and vanilla extract and stir to combine. Sift the flour and baking powder into the bowl and stir in with the milk. 3. Flour your hands and press the b...

Roti Naan

Image
Bahan-bahan: 250 g tepung gandum 1 camt serbuk penaik 1 camb yis segera 1/2 camt garam 1 camt gula kastor 1 camb tairu/dadih (yogurt) 1/2 biji telur - dipukul 2 camt minyak sapi - dicairkan 120-130 ml air suam Cara membuat: 1.Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk besar. Masukkan yis dan gula, kacau rata. Campurkan tairu, telur, minyak sapi serta sedikit demi sedikit air hingga adunan menjadi doh. 2.Tutup doh dengan kain lembab dan biar di tempat suam selama 2-3 jam atau hingga kembang. 3.Bahagikan doh kepada 4 bahagian, canai seperti bentuk naan kemudian sapukan minyak sapi. 4. Bakar di dalam ketuhar 220 C hingga keperangan. Seelok-eloknya dengan pemanas atas dan bawah (upper and lower heating element). 5. Atau kalau sesiapa tidak mahu guna ketuhar, bolehlah masuk dalam kuali sahaja, tutup dengan tudung periuk dan balik-balik kan roti nan sehingga kekuningan atau lebih garing... terpulang pada masing-masing. Buat kari ayam yang agak pekat dan daging ayam di potong kecil...

Steam Boat perasa Tom Yam

Image
Bahan-bahan: Bahan sup: 1 ekor ayam (Kerangka ayam) 2 ketul perencah tom yam 2 helai daun limau purut 2 sudu Air limau nipis 3 liter air garam secukup rasa 1 batang serai di titik 1 biji buat tomato (dipotong kecil) Bahan untuk celup: Bebola ikan/ayam/sotong/ketam udang (jangan buang kulit hanya bersihkan) isi ayam (dipotong kecil/nipis) sotong hidup (dipotong kecil) sotong jeruk (dipotong kecil dan dimasak atas api tanpa air seketika) kobis cina/cendawan tiram/chap choy telur ayam mee suah kuey teow Cara-cara: 1. Rebus kerangka ayam dengan air 2. Masukkan perencah tomyam 3. Masukkan buah tomato 4. Masukkan serai yang telah dititik 5. Bila sudah mendidih, masukkan daun limau purut dan air limau nipis. 6. Sekiranya tiada periuk steamboat, bolehlah pindahkan sup ke dalam rice cooker shj. 7. Keluarkan tulang ayam, daun limau purut dan serai dari periuk. Sedia untuk dimakan/dihidang. 8. Boleh mula masukkan semua bahan celup yang di sukai. 9. Masukkan bahan yang agak lama di masak sebelum m...

Agar-agar Koko

Image
Hari yang lepas (12/8/2009) kami buat gathering di office. Saya telah mencuba resepi baru iaitu Agar-agar coklat. Agak mudah membuat agar-agar ini. Resepinya ringkas dan agak cantik. Bahan-bahan: 40 gm agar-agar 3 1/2 gelas air 1 1/2 gelas gula 3 sudu besar koko sedikit pewarna kuning 1 tin susu cair 1 sudu teh esen vanila 3 biji telur Cara-cara: 1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur. 2. Telur dan gula dipukul hingga kembang & masukkan susu cair dan vanila. 3. Tapis agar-agar kedalam bekas berisi adunan telur dan kacau perlahan-lahan hingga menjadi suam-suam kuku. 4. Bahagikan kepada 2 bahagian, sebahagian berwarna kuning, dan sebahagian lagi dimasukkan koko. 5. Gunakan acuan bulat atau mangkuk 6. Masukkan adunan berlainan warna berselang seli, sudu demi sudu hingga habis. 7. Biarkan sejuk dan keras. 8. Keluarkan dari acuan dan hias dengan ceri merah.

Chilled Mango Cheese Cake

Image
Minggu ini saya buat cheese cake atas permintaan suami dan anak-anak... Cheese cake ini saya belajar dari Kolej Komuniti Selayang. Banyak yang saya pelajari dari Kolej, harga yang berpatutan dan dapat buat praktikal, juga dapat bawa balik rumah kuih muih yang dibuat.... Kalau ada sesiapa yang berminat untuk belajar sila lah hubung Kolej Komuniti Selayang.... Bahan Bhg dasar kek 250 gm biskut digestive/marie/oreo 150 gm mentega cair Bhg atas kek (A) 500 gm krim keju (Philadelphia cheese) (B) 4 biji kuning telur 50 gm gula kastor jus dan parutan kulit lemon (C ) 3 sudu besar serbuk gelatin (base vegetable- cari yg halal) 80 ml air panas (D) 150 ml krim putar (E) 140 gm mango puri (atau sebarang perasa yg disukai) (F) 4 biji putih telur 40 gm gula kastor Cara-cara: Bhg Dasar Kek 1. Patahkan biskut dan boleh guna blender kering untuk hancurkan biskut. Jangan terlalu hancur. 2. Campur kesemua bahan ramuan dan adun hingga sebati. Tekan kedalam acuan bulat/segiempat 8 inci. Simpan dalam peti ...
Salam buat semua. Ramadan 1430 / Sept 2009 Selamat melayari blogspot saya yang baru.... marilah kita sama-sama menghayati bulan Ramadan yang mulia ini dengan hati yang tenang dan semoga bulan Ramadan tahun ini dapat meningkatkan amalan dan semoga puasa kita diterima oleh Allah s.w.t. Bulan puasa adalah bulan dimana semua ibu bapa akan sibuk membeli-belah pakaian anak-anak dan juga sibuk dengan persiapan untuk berbuka puasa. Persiapan berbuka puasa selalunya akan berakhir dengan kunjungan ke Pasar Ramadan. Amalan orang Malaysia berkunjung Pasar Ramadan memang meriah, bukan sahaja umat Islam akan berpusu-pusu ke pasar Ramadan tapi orang bukan Islam juga ramai mengunjungi Pasar Ramadan untuk menikmati juadah yang dijual. Untuk ibu-ibu yang rajin memasak dan ingin memcuba resepi baru, marilah kita sama-sama ikuti resepi yang akan saya kongsikan bersama.