Chilled Mango Cheese Cake
Minggu ini saya buat cheese cake atas permintaan suami dan anak-anak... Cheese cake ini saya belajar dari Kolej Komuniti Selayang. Banyak yang saya pelajari dari Kolej, harga yang berpatutan dan dapat buat praktikal, juga dapat bawa balik rumah kuih muih yang dibuat.... Kalau ada sesiapa yang berminat untuk belajar sila lah hubung Kolej Komuniti Selayang....
Bahan
Bhg dasar kek
250 gm biskut digestive/marie/oreo
150 gm mentega cair
Bhg atas kek
(A) 500 gm krim keju (Philadelphia cheese)
(B) 4 biji kuning telur
50 gm gula kastor
jus dan parutan kulit lemon
(C ) 3 sudu besar serbuk gelatin (base vegetable- cari yg halal)
80 ml air panas
(D) 150 ml krim putar
(E) 140 gm mango puri (atau sebarang perasa yg disukai)
(F) 4 biji putih telur
40 gm gula kastor
Cara-cara:
Bhg Dasar Kek
1. Patahkan biskut dan boleh guna blender kering untuk hancurkan biskut. Jangan terlalu hancur.
2. Campur kesemua bahan ramuan dan adun hingga sebati. Tekan kedalam acuan bulat/segiempat 8 inci. Simpan dalam peti sejuk.
Bhg atas kek
Putarkan A hingga lembut dan tidak berbintil-bintil
Masuk B, pukul sehingga lembut dan gebu.
Cairkan C dengan air panas Tambah C kedalam B dan adun hingga sebati.
Campur D dan gaul sebati
Masukkan mango puri.
Pukul F hingga pekat dalam bekas berasingan. Kaup dan baikkkan ke atas adunan tadi dan gaul hingga sebati
Tuang adunan kedalam biskut asas sejuk . Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam atau hingga sejuk dan permukaan beku.
Comments
Post a Comment