Steam Boat perasa Tom Yam



Bahan-bahan:

Bahan sup:
1 ekor ayam (Kerangka ayam)
2 ketul perencah tom yam
2 helai daun limau purut
2 sudu Air limau nipis
3 liter air
garam secukup rasa
1 batang serai di titik
1 biji buat tomato (dipotong kecil)

Bahan untuk celup:
Bebola ikan/ayam/sotong/ketam
udang (jangan buang kulit hanya bersihkan)
isi ayam (dipotong kecil/nipis)
sotong hidup (dipotong kecil)
sotong jeruk (dipotong kecil dan dimasak atas api tanpa air seketika)
kobis cina/cendawan tiram/chap choy
telur ayam
mee suah
kuey teow

Cara-cara:

1. Rebus kerangka ayam dengan air
2. Masukkan perencah tomyam
3. Masukkan buah tomato
4. Masukkan serai yang telah dititik
5. Bila sudah mendidih, masukkan daun limau purut dan air limau nipis.
6. Sekiranya tiada periuk steamboat, bolehlah pindahkan sup ke dalam rice cooker shj.
7. Keluarkan tulang ayam, daun limau purut dan serai dari periuk.

Sedia untuk dimakan/dihidang.

8. Boleh mula masukkan semua bahan celup yang di sukai.
9. Masukkan bahan yang agak lama di masak sebelum masukkan sayur-sayuran.

10. Sekiranya perlu kuah pencicah boleh makan dengan kuah cili yang di jual dikedai.

Sedap di makan ketika panas dan berebut-rebut dengan anak-anak... mereka gembira sekali ketika mencedok makanan dari periuk!!

Selamat mencuba!!! ssesuai untuk makan malam, amat berkhasiat sekali... kurang kabohidrat.. tapi seimbang.......

Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.