Roti Naan



Bahan-bahan:
250 g tepung gandum
1 camt serbuk penaik
1 camb yis segera
1/2 camt garam
1 camt gula kastor
1 camb tairu/dadih (yogurt)
1/2 biji telur - dipukul
2 camt minyak sapi - dicairkan
120-130 ml air suam

Cara membuat:
1.Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk besar. Masukkan yis dan gula, kacau rata. Campurkan tairu, telur, minyak sapi serta sedikit demi sedikit air hingga adunan menjadi doh.
2.Tutup doh dengan kain lembab dan biar di tempat suam selama 2-3 jam atau hingga kembang.
3.Bahagikan doh kepada 4 bahagian, canai seperti bentuk naan kemudian sapukan minyak sapi.
4. Bakar di dalam ketuhar 220 C hingga keperangan. Seelok-eloknya dengan pemanas atas dan bawah (upper and lower heating element).
5. Atau kalau sesiapa tidak mahu guna ketuhar, bolehlah masuk dalam kuali sahaja, tutup dengan tudung periuk dan balik-balik kan roti nan sehingga kekuningan atau lebih garing... terpulang pada masing-masing.


Buat kari ayam yang agak pekat dan daging ayam di potong kecil-kecil supaya mudah anak-anak makan roti nan dan kari ayam....Selamat mencuba.....

Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.