Roti - Butter Scoth & Pizza
Tengah hari ni anak-anak ku tak boleh balik sebab mereka kena sambung exam Physics Paper 3. Jadi aku pun hantar lah makanan tengah hari.
Mereka minta nak makan nasi ayam. petang pulak lepas mereka balik, aku sediakan pula pizza. Kali ini aku buat pizza yang nipis, sekali-sekala tukar selera.
Inilah pizza nya. Resepi boleh lihat pada post dulu-dulu ya....
Sebelah malam pula, aku buat roti butter scotch. Resepi ni diberi oleh kawan ku Sharifah. Dia seorang yang penuh berilmu dan tak lokek nak beri petua. Terima kasih banyak atas tunjuk ajar yang diberikan. Semoga Allah sajalah membalas jasa baik mu.
Aku ku Ahmad sangat suka makan roti butter scotch ni, Semalam aku dah buat 1 bantal , dah licin mereka makan. 2 hari berturut-turut mereka makan Roti Butter Scotch... maklumlah adik dan abang cuti sekolah, jadi mereka makan sepuas hati lah....
Makanlah anak-anak selagi ada rezeki.... barulah mama awak praktis semua resepi yang ada.....ok.... entah esok nak masak apa lagi.......
Inilah resepi roti butter scotch.... rasanya lebih sedap dari roti butter scotch gardenia.
Butter scotch Bread
450 gm tepung roti
1 ½ tsp yeast
1 tsp garam
1 tsp bread improver
1 biji Telur
225 ml air
60 gm gula
100 ml susu
30 gm butter
10 gm Cocoa powder (optional)
100 gm butter scotch chips (optional)
100 gm kismis (raisins) (optional)
Cara-cara
1. Sediakan kuali untuk masak gula putih dengan 20 ml air untuk dijadikan gula hangus.
2. Bila gula hangus telah siap, masukkan 100 ml susu dan butter.
3. Kacau hingga butter cair. Jangan biarkan susu mendidih. Angkat dan sejukkan.
4. Dalam mixer, masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung, yeast dan bread improver.
5. Kemudian masukkan cairan gula hangus, baki air, telur dan garam.
6. Uli sehingga sebati.
7. Masukkan butter scotch chips dan kismis.
8. Rehatkan adunan roti sehingga ia naik 2 X ganda. Elok di tutup dengan kain maslin.
9. Bakar dalam oven 170 0 C selama 45 minit.
Inilah hasilnya...........lihatlah butir-butir kecil butter scotch chip dan kismis... melekit-lekit dan begitu cantik sekali. Dalam resepi ini saya tak masukkan cocoa powder, hanya warna asli dari gula hangus.
My children really love the aroma of the bread, fresh from oven. You cannot resist it.... Bila baru siap bakar. Bau nya Tuhan saja yang tahu, semerbak satu rumah. Anak-anak semestinya akan makan walaupun mereka dah kenyang....
Inilah kelebihan roti yang dibakar sendiri.... sedap, bersih lagi suci......
Buat kawan ku Sharifah, terima kasih banyak-banyak sebab kongsi resepi. Ini lah roti butter scotch version I.... dah ubah sikit tapi menjadi juga.....
Selamat mencuba.......
Comments
Post a Comment