Bercuti di Langkawi 20/12/2010 hingga 23/12/2010........




















Dah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ku di Pulau Langkawi. Hampir 7 tahun, anak-anak ku kata lebihkurang macam kes sumpah mahsuri 7 keturunan.


Akhirnya sampai juga aku disana... seronok sungguh bershopping. Entah berapa kali aku tawaf kedai Ismail Group dan Idaman Suri. Kalau shopping tak lenguh kaki pun, even dah jalan berbatu-batu. Enjoy je....itulah namanya nikmat bershopping.



Barangan yang paling banyak aku borong adalah chocolate. Macam-macam jenis yang dibeli.... tak terkira banyak nya. Lepas tu kacang pistachio (kacang cerdik) dan juga gajus.




Kami ada juga melawat tempat-tempat bersejarah, sekitar makam Mahsuri.






Kenangan berada di sana. Tinggal One Helang Hotel bersebelahan dengan airport. Hotelnya memang best tapi agak jauh bila nak shopping kat bandar Kuah.

Anak-anak keletihan....tidur dengan nyenyaknya.............syyyyyyyyyyyyyy.......



Kami juga melalui Jalan Air Hangat .... dimana Zulaikha tinggal iaitu MRSM Langkawi.... cantik tempatnya...


Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.