Posts

Showing posts from 2010

Bercuti di Langkawi 20/12/2010 hingga 23/12/2010........

Image
Dah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ku di Pulau Langkawi. Hampir 7 tahun, anak-anak ku kata lebihkurang macam kes sumpah mahsuri 7 keturunan. Akhirnya sampai juga aku disana... seronok sungguh bershopping. Entah berapa kali aku tawaf kedai Ismail Group dan Idaman Suri. Kalau shopping tak lenguh kaki pun, even dah jalan berbatu-batu. Enjoy je....itulah namanya nikmat bershopping. Barangan yang paling banyak aku borong adalah chocolate. Macam-macam jenis yang dibeli.... tak terkira banyak nya. Lepas tu kacang pistachio (kacang cerdik) dan juga gajus. Kami ada juga melawat tempat-tempat bersejarah, sekitar makam Mahsuri. Kenangan berada di sana. Tinggal One Helang Hotel bersebelahan dengan airport. Hotelnya memang best tapi agak jauh bila nak shopping kat bandar Kuah. Anak-anak keletihan....tidur dengan nyenyaknya.............syyyyyyyyyyyyyy....... Kami juga melalui Jalan Air Hangat .... dimana Zulaikha tinggal iaitu MRSM Langkawi.... cantik tempatnya...

Majlis Akad Nikah - Bahiyah......

Image
Tahniah! Tahniah! Buat Bahiyah & suami. Tarikh keramat tanggal 19/12/2010, adik sepupuku yang seorang ni...... dah jadi isteri orang. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Pak Teh & Mak Teh, semoga bertambah ramai lagi cucu tahun hadapan 2011. Majlis akad nikah yang meriah walaupun hanya saudara-mara dan kenalan rapat yang hadir. Bermula dari malam harinya berinai jari pengantin dan seterusnya majlis akad nikah pada pagi hari Ahad. Semuanya berjalan dengan lancar dan selesai pada tengaharinya. Detik kenangan dimajlis akad nikah.

Roti - Red Bean Bun & Bun inti daging

Image
Hari ni aku cuti jadi macam-macam activiti boleh buat kat rumah. Apa lagi buat roti lagi la.... Anak saudara ku datang rumah, apa lagi sama-samalah kami gentel roti... Supaya mereka tak jemu nak tunggu Aishah & Mariyam balik dari exam. Leka & Sob memang rajin, bila ajak mereka buat roti bukan main seronok lagi. Inilah hasilnya dari 1 kg tepung. Puas mereka minum petang dengan roti. Nanti kita boleh buat projek lain pula ya........ Selamat bercuti buat anak-anak semua.......Horey !! dah lega hati mak nya... Tak risau lagi, syukur pada ALLAH sebab mereka sihat sepanjang buat exam SPM. Tangan Aishah pun ok sepanjang exam, cuma sekali sekala dia rasa sakit tangan waktu malam. Lepas di urut ok lah.... Cuma berdebar nak tunggu result...

MAHA oh MAHA 2010

Image
MAHA 2010 dari 26 Nov - 5 Dis . Kawan-kawan ku di office bercerita tentang MAHA. Aku tak pernah pergi sejak diadakah. Dalam hati teringin juga nak pergi, tapi mestilah Cik Abang setuju nak bawa. Kalau tidak tak ada peluang le... Akhirnya pada hari sabtu 4/12/2010 suami ku bersetuju nak bawa kami ke sana. Bukan main gembira lagi hati ku... Awal pagi lagi aku dah ready. Kami sampai di sana pukul 10:00 pagi. Pintu 2 baru di buka. Ya Tuhan !!! traffic jam dah bermula walaupun awal pagi, pagi tu hujan gerimis tapi manusia bukan main ramai lagi.... Semuanya nya queue nak masuk. Bersabar ajelah.... Inilah dia pukulan MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2010). Macam-macam ada, tak tau kat mana nak mula. Kawasan nya begitu luas sekali. Kami bermula dari Gate 2. Bila kami masuk je terus jumpa gerai buah nangka, ya Tuhan besar nya buah nangka... Nangka Madu ni agaknya 40 kilo sebiji. Bermula dari entrance 1 dan 2. Ada Exhibition area - Hall A, Hall B, Ha...