Sukan Tahunan Di Sekolah Ahmad

Salam sejahtera.....


Dah lama rasanya tak update blog ku ni...apa tak nya. Sejak tak ada bibik ni baru tahu tak ada masa langsung nak bersantai. tak sempat langsung nak masuk internet kat rumah.


Kat office pulak tuhan saja yang tahu, punya banyaklah kerja. Sampai nak jenguk blog sendiri pun tak sempat. Aleh-aleh dah lama tak update entry.


Semalam, ahad anakku Wan Ahmad ada Sukan tahunan di sekolah. Kesian anak-anak hujan turun selebat-lebatnya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar selepas hujan reda...


Tahniah !!! Kuat juga Ahmad berlari dapat 4 pingat emas. Kata YDP kepada ku "Oh!!! hebat, maknya mengajar berlari sambil memasak kot". Sebab tu dapat banyak pingat emas.


Dr Azman pula komen "Bagus anak you! Kuat dia berlari..."


Apa lagi Ahmad pun senyum melerek lah dia..... Habis dieritakan kepada kakak-kakak nya dan abang nya. Betapa happy nya dia walaupun kakinya terkehel.


Pada hari Sabtu pulak ada larian 1 Sekolah 1 Malaysia. Ahmad dapat medal juga, dia dapat nombor 9 keseluruhannya. Tak sia-sia beli kasut baru sebab nak masuk merentas desa.


Congatulations!!!! Mesti kena bersukan untuk sihat dan kuat!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.