Salam Ramadhan Al Mubarak




Terlebih dahulu ku panjatkan kesyukuran pada Allah S.W.T kerana dipanjangkan umurku untuk menempuh bulan Ramadhan pada tahun ini 1432 H / 2011 M.

Mubarak Ya Ramadhan..... Ramadhan datang lagi, dan hari ini seluruh umat Islam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan berpuasa. Kita akan sentiasa merindui bulan yang mulia ini dengan penuh keberkatan lagi barakah.

Ku pohon ampun kepada ibu ku yang tersayang, suami ku dan seluruh kawan-kawan ku samada ku kenali atau tidak. Juga ku ampunkan semua yang ku kenali. Semoga puasa ku tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

Kini kisah keluarga ku, tahun-tahun yang lalu kami berbuka & bersahur beramai-ramai. Tapi tahun ini hanya kami 3 beranak yang tinggal. Anak-anak ku kini dah masuk U dan juga ada di asrama penuh. Pembantu pun dah tak ada, sunyi juga rumah bila bersahur.

Inilah lumrah dunia, kita tak dapat merancang, tapi ketentuan ALLAH mengatasi segalanya. Kita insan haruslah bersabar dan menempuh segala dugaan dengan tabah.

Akhir sekali ku ucapkan Selamat Berpuasa buat semua Umat Islam dan juga Maaf Zahir & Batin...

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.