Cuti-cuti Malaysia..... Cross country holiday






Enjoy sungguh cuti sekolah pada bulan Mac tahun ini. Without proper planning kami redah aje, jalan-jalan cari makan dan cross country aje.

Kami tak dapat bercuti di kampung sebab mak dan adik-adik ku pergi ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Jadi tak sesuailah nak balik kampung.

Kolam renang di Bukit Merah Laketown Resort

Mula-mula kami ke Bukit Merah Laketown Resort, kami menginap di Bukit Merah Laketown Resort. Staying at Bukit Merah Laketown boleh tahan juga. Kami tinggal disana 1 malam aje.

Sebelah malam pulak kami pergi cari makan kat Taiping, ke mana lagi kalau tak ke Restaurant Doli Kuey Teow Goreng. Restoran ni memang dah lama terkenal.






Sesiapa yang menginap di Bukit Merah Laketown Resort akan diberi potongan 10% untuk 5 tiket masuk ke Water Park. Apa lagi kami pun ambil kesempatan untuk mandi-manda dan main air di Water Park. Anak-anak lah paling gembira, main air dari pukul 10:00 pagi hingga 3:00 ptg.






Selepas kami keluar dari Bukit Merah Laketown kami menuju ke Lumut pulak.
Dalam perjalanan ke Lumut kami singgah di Changkat Jering. Cangkat Jering ini terkenal dengan jualan berbagai jenis kuih muih. Ada keropok lekor, pisang goreng, asam-asam, kuih putu piring dan tidak ketinggalan kuih peneram atau juga dikenali sebagai telinga keling. Jangan marah tau... ni nama kuih aje.




Dah lama kami tak bercuti di Lumut, masa pergi dulu anak-anak masih kecil mereka dah tak ingat apa-apa lagi.









Kami bermalam di Lumut, pembangunan di Lumut begitu pesat sekali, kini ada Marina Inn dan juga ada jeti baru di bina. Agak selesa untuk pergi ke Pulau Pangkor. Tak le teruk macam nak pi Langkawi, jetinya agak moden dan tak bersesak-sesak. Bilalah Negeri Kedah nak perbaiki jeti Kuala Perlis & Jeti Kuala Kedah.













Keesokkan hari pulak kami berlepas ke Pulau Pangkor. Semasa di Pulau Pangkor kami sempat singgah di pantainya yang cantik dan bersih. Kami sewa kereta disana untuk memudahkan kami bergerak ke sana & kesini.


















Makan malam kami di kedai Patani. Not bad, with reasonable price and sedap. Kenyang sungguh malam tu. Tidur dalam kekenyangan.... syukur pada Allah, diberi rezeki & kesihatan yang baik.







Esok nya kami bersiar-siar seluruh pulau, macam biasa tak cukup syarat kalau tak singgah di kedai jual ikan kering dan juga satay ikan. Jalan di pulau agak teruk, naik bukit turun bukit, macam-macam kami jumpa. Tempat pembunagn sampah sebesar gunung, lapangan terbang, melawat ikan arowana luar kawasan tokong cina dan macam-macam lagi.






Seterusnya kami check out dan balik ke tanah besar. Sampai di Lumut semula. Cross country kami bermula lagi, kami balik melalui Teluk Intan, Bidor dan KL.

Nak dijadikan cerita, ketika sampai di Teluk Intan tiba-tiba ada seorang lelaki menegur suami ku. Katanya "Bang! Tengok tayar kereta tu! Kereta abang pancit!"

Apa lagi kami semua segera keluar dari kereta.. Ya Allah, syukur kami berhenti kat Menara Condong Teluk Intan. Kalau kami teruskan perjalanan ke Bidor tadi tak tahulah apa yang akan terjadi. Kami sekeluarga langsung tak perasan tayar kereta pancit. Tak rasa apa-apa pun, kereta tak rasa goyang pun..

Apa lagi kami pun carilah kedai tayar. Paku yang tercucuk di tayar tu panjang nya lebihkurang 2 inci. Mana datang pun tak tahu... yang best nya kedai yang baiki tayar hanya charge RM 6.00 sahaja. Murahnya.... thank you tokey kedai. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke KL.
Lega sampai dengan selamat. Syukur pada ALLAH.







Gambar-gambar kenangan sepanjang kami bercuti selama 4 hari 3 malam.......

Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.