Posts

Showing posts from March, 2011

Makan-makan d Muhibbah Seafood Sg Pencala

Image
Minuman air apple & asam boi. best.... Daging black paper Sekian lama kami tak makan besar secara beramai-ramai. Kali ini kami menjamu selera di restoran Muhibbah Seafood. Restoran ni dah berpindah dari TTDI ke Sg Penchala. Banker kami kali ni as usual boss besar... Pak Teh. Best gitu Pak Teh nak sangat belanja mak makan. Gambar-gambar sekitar restoran. Lain kali jangan lupa belanja lagi. Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji diatas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati. Budi baik Pak Teh & Mak Teh sekeluarga amat kami sanjungi. Terima kasih daun keladi... bila-bila boleh belanja lagi..... Thank kayu.....

Mak & adik-adik pergi Umrah Mac 2011

Image
Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di Tanah Suci, Madinah & Makkah akan bercita-cita untuk pergi lagi ke sana. Kita akan sentiasa rindu untuk menziarahi bumi Makkah & Madinah. Sekiranya kita dapat ziarah makam Rasullahlah s.a.w samalah lah seperti kita dapat berjumpa dengan Rasullallah. Alangkah indahnya ketika berada disana. Aman, tenang dan lapang dada. Tahun ini mak dan adik-adik ku pergi mengerjakan umrah. Gambar-gambar ketika berangkat keluar dari rumah menuju ke KLIA. Semoga mak, adik-adik dan anak saudara ku semua selamat dan sihat dan semoga dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.. Ku doakan semoga ibuku dan adik-adik serta anak saudaraku sihat walafiat sepanjang berada di sana. Amin.

Cuti-cuti Malaysia..... Cross country holiday

Image
Enjoy sungguh cuti sekolah pada bulan Mac tahun ini. Without proper planning kami redah aje, jalan-jalan cari makan dan cross country aje. Kami tak dapat bercuti di kampung sebab mak dan adik-adik ku pergi ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Jadi tak sesuailah nak balik kampung. Kolam renang di Bukit Merah Laketown Resort Mula-mula kami ke Bukit Merah Laketown Resort, kami menginap di Bukit Merah Laketown Resort. Staying at Bukit Merah Laketown boleh tahan juga. Kami tinggal disana 1 malam aje. Sebelah malam pulak kami pergi cari makan kat Taiping, ke mana lagi kalau tak ke Restaurant Doli Kuey Teow Goreng. Restoran ni memang dah lama terkenal. Sesiapa yang menginap di Bukit Merah Laketown Resort akan diberi potongan 10% untuk 5 tiket masuk ke Water Park. Apa lagi kami pun ambil kesempatan untuk mandi-manda dan main air di Water Park. Anak-anak lah paling gembira, main air dari pukul 10:00 pagi hingga 3:00 ptg. Selepas kami keluar dari Buki...