Wan Ahmad Ibrahim - Pertandingan SAR









Salam sejahtera,
Pada hari Ahad (10/5/2010) yang lepas,Wan Ahmad Ibrahim telah terpilih untuk menyertai Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah, Negeri Selangor. Beliau bertanding dalam kategori Solat Jenazah Lelaki Tahap 2.

Tahniah!!! Wan Ahmad Ibrahim telah mendapat Naib Johan. Mama amat bersyukur kerana ini adalah kali pertama Wan Ahmad Ibrahim bertanding peringkat Daerah. Kalau ada rezeki, lain kali boleh cuba lagi...... Jangan putus asa...

Semasa pertandingan antara Zon 1, beliau telah mendapat Johan untuk Kategori Solat Jenazah Lelaki Tahap 2.

Syukur, kalau dibandingkan dengan peserta dari sekolah yang lain, kebanyakkan mereka adalah pelajar tahun 6. Tapi kumpulan Wan Ahmad telah dapat mengalahkan mereka. Usaha tangga kejayaan. Ingat!!! Kalau berusaha pasti berjaya.

Lihatlah aksi imam kecil mengimamkan solat jenazah! Caya lah.... berani juga dia...









Dalam pertandingan ini, Sek Rendah Islam Az Zahra' telah terpilih untuk mewakili 5 acara.

1. Solat Jenazah Lelaki Tahap 2
2. Solat Jenazah Perempuan Tahap 2
3. Pidato Lelaki Tahap 2
4. Pidato Perempuan Tahap 2
5. Khutbah Jumaat

Keputusan:

1. Solat Jenazah Lelaki Tahap 2 - Naib Johan
2. Solat Jenazah Perempuan Tahap 2 - Naib Johan
3. Pidato Lelaki Tahap 2 - Johan
4. Pidato Perempuan Tahap 2 - Saguhati
5. Khutbah Jumaat - Naib Johan


Gambar-gambar majlis berkenaan.
















Bersama Naib Johan Khutbah Jumaat - Adik Najmi

Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.