Posts

Showing posts from May, 2010

Majlis Akad Nikah Farihah (14 May 2010)

Image
Tahniah buat Pak Su & Mak Su!...... Hari ini 14 May 2010 majlis akad nikah akan berlangsung di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.... Tahniah sekali lagi. Majlis Perkahwinan pula akan dilangsungkan esok (15 May 2010) di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang..... Mari ramai-ramai kita pi kenduri kahwin Farihah.... Untuk acara Majlis Perkahwinan, saya telah volunteer untuk buat muffin. Sebahagian dari muffin yang akan dimasukkan ke dalam bag bunga telur kepada pihak tetamu pengantin lelaki. Chocolate Muffin. Selamat Pengantin Baru buat Farihah & Kamarul Azuar............... Semoga bahagia hingga ke akhir hayat...... Dari Kak Na & Abang Wan sekeluarga... Bandar Sri Damansara, KL

Selamat Hari Ibu

Image
Assalamualaikum kepada semua ibu-ibu.......walau dimana anda berada... anda adalah ibu untuk anak-anak anda di dunia dan hingga akhirat.... Buat ibu ku yang tersayang, Hajjah Siti Hatijah binti Haji Omar. Mak adalah mak yang terbaik di atas muka bumi ini... Terima kasih kerana telah melahirkan anakanda mu ini ke dunia. Jasa mak dan arwah Ayah - Yahya bin Hassan tidak dapat anak mu ini membalasnya. Semoga ALLAH jua lah membalas segala kebaikan di dunia dan akhirat. Buat arwah ayah,jasa ayah dan pengorbanan ayah akan dikenang selama-lama nya. Selagi hayat dikandung badan. Semoga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa nya dan juga semoga ayah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Kepada mak, semoga mak sihat selalu dan sentiasa diberkati ALLAH. To all wonderful mommies… Ya Allah, wanita yang membaca rencana ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat & sabar. Kau tingkatkanlah kehidupannya, Kau rahmatilah setiap langkahnya, Kau bersihkanlah hatinya, Kau kuatkanlah Imannya dan Kau peli...

Wan Ahmad Ibrahim - Pertandingan SAR

Image
Salam sejahtera, Pada hari Ahad (10/5/2010) yang lepas,Wan Ahmad Ibrahim telah terpilih untuk menyertai Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah, Negeri Selangor. Beliau bertanding dalam kategori Solat Jenazah Lelaki Tahap 2. Tahniah!!! Wan Ahmad Ibrahim telah mendapat Naib Johan. Mama amat bersyukur kerana ini adalah kali pertama Wan Ahmad Ibrahim bertanding peringkat Daerah. Kalau ada rezeki, lain kali boleh cuba lagi...... Jangan putus asa... Semasa pertandingan antara Zon 1, beliau telah mendapat Johan untuk Kategori Solat Jenazah Lelaki Tahap 2. Syukur, kalau dibandingkan dengan peserta dari sekolah yang lain, kebanyakkan mereka adalah pelajar tahun 6. Tapi kumpulan Wan Ahmad telah dapat mengalahkan mereka. Usaha tangga kejayaan. Ingat!!! Kalau berusaha pasti berjaya. Lihatlah aksi imam kecil mengimamkan solat jenazah ! Caya lah.... berani juga dia... Dalam pertandingan ini, Sek Rendah Islam Az Zahra' telah terpilih untuk mewakili 5 acara. 1. Solat Jenazah Lelaki Tahap 2...