UMRAH - 27 Mac - 7 April 2017

Assalamualaikum,

Sekian lama menyepi dari update entry dlm blog.

Menunaikan UMRAH bersama suami pada 27 Mac - 7 April 2017 adalah merupakan pengalaman yang amat bermakna buat ku. Telah sekian lama kami tidak menjejakkan kaki ke bumi para Ambia terasa amat bahagia dan kerdil sekali diri ini.

Kali terakhir aku pergi bersama ibu ku mengerjakan umrah pada tahun 2009.
Mengerjakan rukun Haji pada tahun 1999. Rindu yg menebal sekali untuk ke Makkah & Madinah.

Iternary perjalanan kami:-

Hari 1: KUL/Medinah
Berlepas dari KLIA 7:30 PM (Waktu Msia) - MAS delayed sepatutnya 1:00 PM
Tiba di Medinah : 2:30 AM (Waktu Msia) 10:30 PM Waktu Arab Saudi

Setelah selesai urusan di lapangan terbang Medinah, jemaah terus ke hotel. Ustaz Syed/Habib terus tunjukkan jalan ke Masjid Nabawi utk memudahkan kami ke masjid utk Solat Subuh esoknya.

Kami berada di Madinah selama 4 hari. Dapat pergi ke masjid setiap hari. Dapat melawat ke Raudah dan betapa indahnya pengalaman berada di Raudah walaupun amat sukar sekali untuk masuk ke sana. Dulu semasa pergi haji, tunggu saja depan pintu, bila time utk jemaah perempuan masuk, bila pintu dibuka terus dapat masuk. Kini dah ada system utk jemaah ikut negara. Tapi pelik bila sampai turn orang Asia, masih ada org2 berbangsa lain masih ada dlm Raudah dan tidak mahu keluar.
Hanya sabar sahaja menunggu giliran. Alhamdulillah dapat juga masuk walaupun sukar.

Di Madinah, kami melawat ladang kurma, pergi ke pasar kurma. Dapat beli kurma Ajwa yg ditanah di tanah Haram Madinah melalui ustaz Habib.


Makkah-Al Mukarramah

Berlepas ke Makkah. Alhamdulillah hotel kami menginap dekat dengan Baitullah. Jalan tak jauh sangat.
Kekuatan tenaga berbeza. Dulu masa berumur 35 tahun, cergas sahaja kemana-mana. Dulu boleh bawa kakak2 yg tak berdaya utk pergi masjid.
Tapi kini setelah usia melebihi separuh abad, tak larat sangat. Tiada tenaga utk berjalan laju dan dah tak mampu utk pergi balik buat umrah.
Nak tawaf sunat pun terbatas. Allah Maha Kaya. Aku amat2 bersyukur Kau telah jemput aku masa umur muda utk buat Haji.ALHAMDULILLAH.

Di Mekah, kami melawat Taif, buat umrah ke Jarahnah, Melawat Muzium dll.
Alhamdulillah pergi dgn Travel KRS. Syukur sangat, harga murah, makan sedap dan semuanya bagus.

Dah sekian lama baru nak update blog. Dah lupa cerita 4 bulan yg lepas.

Biarlah gambar menceritakan segalanya.

Dlm flight

Sampai di Lapangan Terbang Madinah







Waktu pagi di Masjid Nabawi




Menunggu depan pintu utk masuk ke Raudah


Dalam Raudah

Masjid Nabawi waktu malam selepas Isyak

















Melawat kebun kurma, suasana dlm kedai
dekat pasar kurma, harga lebih murah dari kebun kurma













Hotel kami di Madinah

Bilik hotel di Madinah, kami berdua, tapi ada 3 katil

Hari terakhir di Madinah, suasana tenteram di waktu pagi dlm masjid Nabawi




Tong air zam-zam dalam Masid Nabawi


Berhenti utk Miqat dlm perjalanan ke Makkah.



Suasana ketika sampai di Makkah depan clock Tower

Hotel kami berhadapan dgn kedai2 ini.

















Nawarat Shams Hotel adalah hotel penginapan kami di Makkah. Dekat dgn MasjidilHaram

Suamiku bersedia dlm ehram nak pi buat umrah
Keadaan bilik kami di Makkah, kecil tapi dekat dgn Baitullah.























Dlm bas melawat sekitar Makkah
Di Jabal Rahmah


Sekitar Mina
Melawat ke Taif













Lawatan ke Muzium


























Dlm kapalterbang menuju ke KLIA




Alhamdulillah semua selamat. Moga kami dikurniakan umrah mabrur. Aamiin.



Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.