Posts

Showing posts from 2017

Tokoh Murid MRSM FELDA 2017 - Wan Ahmad Ibrahim

Image
Syukur Alhamdulillah. Anak ku Wan Ahmad Ibrahim dinobatkan sebagai Tokoh Murid 2017 bagi MRSM Felda yg telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad. Pengerusi FELDA. Penghormatan yang amat bernilai buat diri Wan Ahmad dan keluarga. Terima kasih pada pengetua, guru-guru serta pegawai di MRSM Felda diatas tunjukajar dan sokongan kepada Wan Ahmad Ibrahim. Atas kepercayaan yang diberikan kpd Wan Ahmad Ibrahim sebagai President di MRSM Felda. Layan gambar2 sekitar majlis Graduasi MRSM Felda. TAHNIAH AHMAD!! ALL the BEST for your SPM! Mama dan bapak serta kakak & yop doakan Ahmad berjaya di dunia hingga akhirat. Amiin Happy Birthday Wan Ahmad Ibrahim!!

Yusof Summer Holidays in Malaysia

Image
Cuti bersama keluarga dan buat intenship di KL Syukur Yusof dapat balik beraya Aidil Fitri & Aidil Adha di Malaysia. Tahun depan entah dapat balik beraya atau beraya dengan kawan2 di UK. Gambar kenangan di KLIA. Terima kasih pada mak & Oya sebab sanggup datang hantar Yusof balik ke UK.  Selamat menyambung pengajian Yop kat sana. Jaga diri dan solat. Semoga berjaya di dunia & akhirat. Aamiin.

Selamat Hari Raya Aidil Adha (1438H/2017 M)

Image
Syukur pada Allah SWT, dipanjang umur untuk dapat meraikan lagi Hari Raya Aidil Adha. Tahun ini tak balik kampung, raya kat KL shj. Memandangkan Yusof akan balik ke UK semula selepas Raya. Dapat juga kami sekeluarga berkumpul bersama-sama beraya kali ini. Gambar sekitar raya haji. Makan2 & doa selamat pd malam hari raya korban. Semangat bergotong royong di masjid Bandar Sri Damansara (AlMukarramah) sempena Hari Raya Korban.

UMRAH - 27 Mac - 7 April 2017

Image
Assalamualaikum, Sekian lama menyepi dari update entry dlm blog. Menunaikan UMRAH bersama suami pada  27 Mac - 7 April 2017 adalah merupakan pengalaman yang amat bermakna buat ku. Telah sekian lama kami tidak menjejakkan kaki ke bumi para Ambia terasa amat bahagia dan kerdil sekali diri ini. Kali terakhir aku pergi bersama ibu ku mengerjakan umrah pada tahun 2009. Mengerjakan rukun Haji pada tahun 1999. Rindu yg menebal sekali untuk ke Makkah & Madinah. Iternary perjalanan kami:- Hari 1: KUL/Medinah Berlepas dari KLIA 7:30 PM (Waktu Msia) - MAS delayed sepatutnya 1:00 PM Tiba di Medinah : 2:30 AM (Waktu Msia) 10:30 PM Waktu Arab Saudi Setelah selesai urusan di lapangan terbang Medinah, jemaah terus ke hotel. Ustaz Syed/Habib terus tunjukkan jalan ke Masjid Nabawi utk memudahkan kami ke masjid utk Solat Subuh esoknya. Kami berada di Madinah selama 4 hari. Dapat pergi ke masjid setiap hari. Dapat melawat ke Raudah dan betapa indahnya pengalaman berada di Rauda...