Sambungan Melancong ke Korea di Musim Luruh


Sambungan Melancong ke Korea di Musim Luruh 




Day 5 Melawat ke Korean Folk Village di TongJin.

Utk ke Korean Folk Village, kami perlu naik subway dan juga bas untuk ke sana. Kami naik subway hingga ke Gangnam dan seterusnya naik nas ke TongJin.
Macam itik dengan ayam bila berdepan dengan masalah komunikasi. Kami nak tanya orang tempatan  bus stop mana utk ke Korean Folk Village, tiada seorang pun yang dapat memberi jawapan. Akhirnya kami mencari dari 1 bus stop ke 1 bus stop. Akhirnya jumpa juga. Agak challenging juga tapi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Kami naik bus guna t-money, hanya swipe dan maklumkan kemana kami nak pergi. tapi yang lucunya, kami tak tahu dimana hendak berhenti. Bila driver bus minta kami turun dan cakap Korea kami relax aje. Kami tak faham. Akhirnya bus driver tarik hand brake bus dan datang kat kami tunjukkan pintu bas. Baru kami faham kami kena turun... Kelakar sekali. Akhirnya kami sampai di Korean Folk Village selepas berjalan hampir 1 km dari bus stop.

















































Day 6 Melawat ke Naminara Republic (Nami Island).


Utk ke Nami Island, kami juga perlu naik subway dan keretapi untuk ke sana. Kami naik subway hingga ke pekan tak ingat nama dan seterusnya naik keretapi ke pekan lain . Seterusnya naik taxi dan sampai trmpat naik ferry ke Nami Island. Anak ku Wan Ahmad pilih utk naik Skyline. Naik skyline iaitu Won 38,000(RM 120). Aku dan suami ku pilih utk naik ferry. Tambang utk ferry hanyalah Won 10,000 seorang.

Cantik sekali pemandangan di Nami Island ketika musim luruh. Kebanyakkan daun-daun telah bertukar warna kpd warna merah, kuning, unggu dan ada juga yg masih berwarna hijau. Terdapat juga pokok2 yg mula gondol(botak).













































































Day 7 Melawat pasar di sekitar Meongdong, Namsan Tower dan Namdemun Market

Hari ke 6, kami pindah bilik penginapan. Kami menginap di sekitan MeongDong. Pagi2 day 7 lagi husband & anak dah bersiar2 sekitar MeongDong dan terjumpa pasar. Lihatlah pasar org Korea begitu bersih dan kemas. Bila pasar kita akan spt mereka???










Namsan Tower


Inilah tempat yang aku tunggu-tunggu untuk pergi sebab tengok dalam cerita Mior & Wak Doyok (Ke Korea Kita). Mereka pergi ke situ. Tempat ada banyak kunci dan ada tower comunication macam KL Tower lah lebih kurang. Tapi di Namsan tower ada pilihan utk naik. Samada nak jalan kaki panjat bukit atau naik cable car. Kami naik cable car aje. Bayaran utk naik dan turun adalah Won 18,000 utk 1 org dewasa. 




































Canti sekali pemandangan nya. Boleh lihat sayur ditanam dalam pasu, tapi tiada siap pun ambil/curi. Kalau di Malaysia tak jamin pokok sayur berkenaan akan selamat. Agaknya dah lama diusik orang.
Selesai bersiar di Namsan tower seterusnya kami ke Namdemun Market. Oh heaven... silap aku tak datang awal2 lagi. Disini memang happening....


















Day 8 Balik ke Malaysia.


Kami awal2 lagi dah dapatkan taxi utk ke Incheon International airport. Airport nya terlalu besar, utk mengelakkan kami tertinggal kapalterbang. Bye-bye Korea. Next time ada rezeki boleh datang lagi... baki duit Won ada lagi, tak habis belanja. Inilah berkat sebab pergi sendiri tanpa tour guide. Banyak tempat yg kami lawati dan macam pengalaman yang kami rasa. Kamsahamida.....

























Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.