Posts

Showing posts from 2015

Masuk Istana Iskandariah

Image
Pada 12/12/2015 aku bersama suami dan Yusof berpeluang untuk mengiringi Abang Ipar YABHG Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Wan Mohd Isa untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi majlis Orang Besar Perak Menjunjung Duli. Dapatlah aku masuk ke Istana utk kali ke 2. Masa dulu masuk semasa pemerintahan Sultan Azlan Shah. Bersama Yusof diperkarangan Istana                                         Bersama Yusof & Kak Nyah Yusof memegang Watikah perlantikan Dalam balai rong seri   Bersama suami & anak Selepas selesai majlis santapan bersama Tuanku. Kak Nyah bersama ibunya.. Anak Bujang ku Yusof

Wedding Adik Mimi

Image
Assalamualaikum, Setelah sekian lama menyepi, hari ini terasa utk berblog. Sudah lama tak update apa2 entry. Tapi disebabkan oleh banyak gambar yg cantik dan menarik. Maka peristiwa ini ingin ku simpan dlm blog agar dapat ku tatap bila2 saja. Mula dengan perjumpaan utk merisik dan seterusnya jadi majlis bertunang. Akhirnya pada tarikh keramat 4/12/2015 akad nikah telah tersimpul, maka mimi pun bergelar Puan. Pada keesokan hari 5/12/2015 kami mengadakan majlis resepsi dirumah mak di kampung. Gambar2 sepanjang majlis berjalan. Selamat Pengantin Baru buat Mimi & pasangan. Mak & Adik bersama pengantin. Kami seleluarga bersama pengantin Pengapit pengantin - anak2 saudara Anak2 bujang pengiring pengantin. Anak2 saudara. Kawan2 ku X Convent Girls BM meraikan majlis perkahwinan. Kawan2 ku yg begitu sporting... Geng xCBM datang makan kenduri. Terima kasih semua atas kesudian menghadirkan diri di majlis Kahwin Mimi. Terima kasih pada...

Amalan-amalan dibulan Ramadan

Image
Amalan-amalan dibulan Ramadan Perbanyakkan amalan beristiqfar dan berzikir. Bermaksud : " Aku memohon ampun kepada ALLAH yang tidak ada tuhan selain DIA, yang hidup dan selalu jaga, dan aku bertaubat padaMU"..

Salam Ramadan 1436 H (Jun 2015 Masehi)

Image
Salam Ramadan buat semua. Sudah sekian lama tidak aktif update blog. Urusan di pejabat dan di rumah yang banyak, membataskan diriku untuk berblog. Sudah 5 tahun tidak ada bibik, kitalah mem besar dan juga kitalah bibik. Syukur anak2 dah besar sudah dapat menguruskan diri sendiri. Hanya dengan disiplin yg tinggi dapatlah menguruskan rumah tangga dan juga urusan yg lain. Bersyukur pada Allah sebab dengan limpah kurnianya, diberi kesihatan yang baik dan umur yg panjang dapat bertemu semula dengan Ramadan tahun ini.

Al-Fatiha buat sepupuku tersayang - Arwah Norzawina (12/3/2015)

Image
Pada awal pagi 12/3/2015 kami mendapat WhatsApps message menyatakan Wina telah dimasukkan ke ICU. Selepas itu pada pukul 11:20 pagi, kami mendapat lagi WhatsApps message menyatakan Norzawina telah kembali kepada Penciptanya. Luluh rasa hati ini, tak tahu nak buat apa. Nak pergi ke hospital, tak tahu hospital mana. Akhirnya dapat information mengatakan jenazah berada di Hospital Pantai. Aku terus kesana bertemua dgn auntie & suami Wina. Syukur semuanya berjalan dgn lancar sekali. Jenazah dihantar ke Surau Al-Munawwah di Section 13 Shah Alam. Selepas Solat Asar jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam (Seksyen 21) Shah Alam. Arwah selamat disemadikan di sana. Semoga anak2 Arwah akan dapat menjadi anak-anak yang soleh & solehah supaya dapat membahagiakan ibu mereka disana. Amin.

Sambungan Melancong ke Korea di Musim Luruh

Image
Sambungan Melancong ke Korea di Musim Luruh  Day 5 Melawat ke Korean Folk Village di TongJin . Utk ke Korean Folk Village, kami perlu naik subway dan juga bas untuk ke sana. Kami naik subway hingga ke Gangnam dan seterusnya naik nas ke TongJin. Macam itik dengan ayam bila berdepan dengan masalah komunikasi. Kami nak  tanya  orang tempatan  bus stop mana utk ke Korean Folk Village, tiada seorang pun yang dapat memberi jawapan. Akhirnya kami mencari dari 1 bus stop ke 1 bus stop. Akhirnya jumpa juga. Agak challenging juga tapi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami naik bus guna t-money, hanya swipe dan maklumkan kemana kami nak pergi. tapi yang lucunya, kami tak tahu dimana hendak berhenti. Bila driver bus minta kami turun dan cakap Korea kami relax aje. Kami tak faham. Akhirnya bus driver tarik hand brake bus dan datang kat kami tunjukkan pintu bas. Baru kami faham kami kena turun... Kelakar sekali. Akhirnya kami sampai di Korean Folk Village selep...