Bercuti di Krabi, Thailand.

Throwback .....Setelah sekian lama kami adik beradik tidak bercuti bersama-sama, kali ni kami telah bercadang untuk sama-sama pergi bercuti diluar negara.
Adik2 ku semua rajin bawa mak pergi bercuti, Shahar bawa mak pergi ke China, Shahril pula bawa mak pergi ke Korea. Aku tak pernah lah belanja mak bawa pergi ke luar negera tapi aku ada teman mak pi buat umrah...Itu pun okay jugalah.
Yang paling banyak berbakti pada mak adalah Adik ku Oya & Mimi, mereka menjaga mak di kampung. Aku hanya dapat doa mak dari KL aje. Tak dapatlah deh duduk dengan mak sebab aku kerja di KL dan dah ada rumah tangga di KL. Suami ku kerja di Putrajaya.

Walaupun begitu, hasrat nak bawa mak jalan2, masih tak padam.
Akhirnya dapat juga berkumpul 1 keturunan arwah Pak Ya, semuanya berjumlah 21 orang berada di Krabi, Thailand. Kami pergi menaiki kereta dan ada juga yg naik air plane. Almaklumlah jauh beribu batu...

Kami dari KL sinngah dulu di rumah mak di BM. Pagi hari 30/11/2013 kami bertolak ke Bukit Kayu Hitam.
Samapai di Imigresen Malaysia, kami semua senyum lebar sebab amat mudah berurusan dgn Imigresen Malaysia, kita duduk je dalam kereta tak payah keluar. Tapi bila sampai kat border di Thailand, woh.... betul2 mencabar kesabaran, dah le kena keluar semua penumpang, kena park kereta dan line up panjang berjela, owner kereta kena beratur tempat lain dan penumpang beratur tempat lain. Bosan betul aku dgn peraturan di border, tapi apa nak buat ikut ajelah undang-undang negeri orang. Dah chop pada grant kereta kena pulak berlari pi beratur dgn anak2 ku di kaunter penumpang. Leceh lah depa ni.. Lepas tu kena hulur setiap passport RM 1. Untuk persatuan mereka.Nasib baik Malaysia tak buat perangai mcm tu.

Perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi memakan masa 6 jam. hoi letih juga le.. Kesian suamiku yg memandu, dia tak bagi aku drive, apa lagi utk long distance. Tak berapa harap kat aku sebab dia kata aku drive laju... apa lagi kami jadi ketua tunjuk jalan pulak. Bimbang orang belakang tertinggal. Anak ku Ahmad jadi navigator. Solute lah pada Ahamd atas kegigihannya menunjuk arah pada suami ku. Habis semua battery ipad dan hp gara-gara nak monitor jalan supaya tak sesat.

Akhirnya kami sampai dgn selamatnya di Apasari Hotel. Setelah agak sesat dalam bandar Krabi. Sepatutnya kami tak perlu melalui Pekan Krabi. Sepatutnya terus ke Aonang. Apa nak buat itu lah namanya adventure.
Setelah mengharungi 12 jam perjalanan darat, aduh sakit badan... Terima kasih banyak2 pada suami ku....sebab bertahan memandu selama 12 jam..











Kami semua sampai dan jalan2 cari makan malam tu... Nak cari makan tak susah sangat sebab ramai juga orang Islam di Krabi. Kami makan kat hawkers stall aje malam tu.

Hari ke 2, kami plan nak island hoping.  Kami semua 21 orang naik bot. Mak aku terus berdoa, juga kami semua mulakan perjalanan dgn baca doa, bimbang juga kalau apa-apa berlaku 1 keturunan hilang di dunia.
Pemandangan yang indah, air di pulau2 nya cantik sekali... jernih..Tour group yg kami pilih ada sediakan makan tengahari. Apa lagi kami semua puas berendam dalam air. main aie sepuas-puasnya. Aku tak pernak snokling, tapi ya Allah, kali ni aku cuba juga. Penakut bukan main, asyik pegang bot aje, jadinya aku melekat pada badan bot. Bila orang tanya pergi snokling tak? Jawap ku pergi.... tapi melekat kat bot aje... takut dgn air...


Layanlah gambar2 kami sekitar island hoping di pulau-pulau sekitar Krabi.





Hari ke 3, kami plan nak pergi sendiri ke tempat naik gajah. cari punya cari ... tak jumpa2. At last kami makan bekal kami dekat pantai. Budak di pantai bawa kami ke sana. Tempatnya sekat aje, tapi very poor sign board. Jumpa tapi hari dah petang dah dekat pukul 3 PM, kami tengok2 aje gajah, tapi tak naik gajah. Ambil gambar dan cabut. Elok kami ambil gamabr 2 / 3 shoot, kami diberitahu kalau tak naik gajah tak boleh ambil gambar... Kami pun balik. Kami pergi ke Krabi Town saja nak tengok apa yg ada di sana...


Hari ke 4, dah nak balik. Anak2 tak puas hati sebab tak dapat naik gajah. Jadi kami plan nak pi ke Hot stream dalam perjalanan pulang. Aishah naik flight ke KL, kami teruskan perjalanan ke BM.

Best juga kat Thailand ni, dia ada banyak pulau-pulau cantik dan juga ada banyak tempat hot spring. Aku nak tengok sangat hot stream, sebab macam tak percaya air sungai boleh panas. Tapi itulah keajaiban/kekuasaan Allah. Air sungai boleh panas. Entrance masuk tak mahal cuma 90 bht (RM 9.00). parking RM 2.00. Kira okaylah.

Layan, lihat gambar2 kami semasa berendam di hot stream.


Kami teruskan perjalanan ke Hat Yai, aku bercadang nak shopping di Hat Yai.. Sampai Hat Yai dah pukul 7:30 PM... Kedai dah tutup.....sedih... tak boleh shopping. Kat Krabi tak shopping sangat sebab konon nak shopping di Hat Yai. Punah harapan... bawa balik duit  bht ke malaysia. okaylah nanti bila2 kita pi lagi ke Thailand.


Itulah perjalanan melalui darat kami ke Krabi, sebenarnya letih dalam kereta... lama dlm kereta.  lain kali kita pi nak flight. Awal2 booking flight murah.....


OKAY..... lain kali kita jalan2 kemana2 pulak ye...

Syukur sebab semua selamat "Alhamdulillah, diatas kenikmatan yg diberikan" Amin.






Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.