Selamat Berpuasa, 1 Ramadhan 1433 bersamaan 21 July 2012. Semoga puasa pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Harapan ku agar dapat melaksanakan amalan puasa yang terbaik dan diterima Allah swt. Semoga aku lebih banyak bersabar, berhenti bergossip, buang segala perasaan buruk sangka sesama insan dan jadilah insan yang sentiasa bersyukur dengan segala pemberian dari Allah.

Semoga Allah beri kesihatan yang baik agar dapat aku beribadah kepada Nya. Nak pergi masjid setiap malam, kalau tak ada keuzuran le...Berazam nak kurangkan makan kuantiti makanan semasa berbuka... InsyaAllah. Tak pernak aku dapat tutunkan berat badan masa berpuasa, harap rtahun ini berjaya lah kot.... Tapi jangan lepas Raya, wow!!! naik macam belon.... ini yang takut sebab orang Malaysia ini semua pemurah... rajin buat Open House!!!!

Apa pun Selamat Berpuasa. Menu bebuka hari ini adalah Bread Butter Puding, Ikan merah sweet sour dan Butter Prawn...




Butter Prawn untuk berbuka.


Bread butter puding pemanis nya.... 

Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.