Beramah Mesra dengan Ustaz Don


Hari ini (8/4/2012) aku rasa bertuah sebab dapat dengar talk oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid MPH Menara TM @ TM Career & Education Fair 2012 yang dianjurakn oleh TM dari 6-8/4/2012. Ustaz beri talk bertajuk "Find Your Work Life Balance". Ke;as gitu Ustaz cakap orang putih...

Lepas talk tu apa lagi aku dan anak-anak ambil peluang minta Ustaz Don sign authograf le....Ini lah hasilnya...



Betul apa yg disebutkan oleh Ustaz, seimbang perkara dunia dan akhirat adalah sesuatu yang sukar. Untuk berjaya dalam ke dua-dua dunia ini perlukan ilmu. Kita harus belajar dan terus belajar supaya kita dapat berjaya di dunia & akhirat.






Pesanan ustaz, sesuatu yang dibelanjakan kepada ahli keluarga adalah amat baik sekali dan harus diberi keutamaan. Dengan kata lain dengan ahli keluarga jangan kedekut.



Anak-anak ku ada ikut bersama, Wan Ahmad & Wan Mariyam. Untung Wan Ahmad dapat salam dengan Ustaz Don. Dapat signature Ust Don dan bergambar dengan beliau...




Yang paling anak-anak aku tercengang bila Ustaz Don sebut cak cekok.... anak-anak tanya apa yang Ustaz sebut tu... aku pun explain, orang Penang je yang faham, selalu nya bila orang dewasa bertemu bayi, depa akan kata "Cak cekok udang gamit, minta kapor bagi kunyit
" sambil menggenggam dan membuka jari. Sebab semasa talk berkenaan ada juga TV AlHijrah buat rakaman 30 Minit Bersama Ustaz Don. Jadi bila cameraman buat signal 5 jari atau 2 jari ada maknanya...iaitu 5 minit atau tinggal 2 minit lagi.... Tak taulah bila rakaman itu akan disiarkan dalam TV Alhijrah...

Kami sekeluarga adalah peminat Ustaz Don, kami selalu tengok rancangan 30 minit Bersama Ustaz Don.

Kita doakan supaya Ustaz Don diberi Allah kesihatan yang baik dan terus berdakwah dan dapat menyampaikan ilmu supaya semua lapisan masyarakat mendekatkan diri pada Allah s.w.t.

Cara ustaz ajar pasal bab Solat & Tajwid amat memberi manfaat kepada kami semua. Terima kasih banyak2 ustaz... Teruskan usaha murni anda.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.