CNY

Cuti CNY tahun ini kami tak kemana-mana, hanya melepak kat rumah. Sekali sekala nak merasa berehat kat rumah. Tak larat lagi nak berjuang atas jalan raya dengan traffic jam.

Kami sekeluarga sepakat tak mahu bercuti kemana-mana sebab memandangkan keadaan cuaca yang tidak begitu mengizikan. Selatan Tanah Air yang dilanda banjir. Lepas tu pulak Yusof cuti sekejap sahaja. Hari Ahad dah kena hantar balik ke asrama.

Kami sekadar berehat di rumah sambil masak2 dan makan2 kat rumah.

Keadaan disekeliling rumah juga agak lengang sebab jiran-jiran bercuti luar kawasan.

Syukur cuaca di KL hari ini terang benderang.

Makan malam kami sediakan steambot. Makanan kesukaan anak-anak, sambil berebut-rebut mencedok dalam periuk dan juga bergurau senda sesama sendiri.

Itulah gelagat anak-anak ku apabila semua berkumpul di rumah.


Huru-hara di Mesir.
Beberapa hari ini aku amat risau apabila mengenangkan anak-anak kawan-kawan ku dan saudara mara ku yang berada di Mesir. Pelajar Malaysia yang berada Mesir agak ramai dan keadaan huru-hara yang mereka hadapi di sana. Anak-anak masih muda dan harap mereka sentiasa bersabar menempuh dugaan Nya. Aku memohon pada ALLAH, lindungilah mereka. Harap anak Kak Ngah dan anak-anak kawan2 ku segera dibawa pulang ke Malaysia. Semoga pihak JPA/ Wisma Putra dan pihak yang berwajib dapat berganding bahu membantu semua pelajar-pelajar kita disana. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Anugerah Cemerlang

Pau Kacang Merah / Kacang Hitam

Apam Ragi.