Posts

Showing posts from February, 2011

RV Cake lagi....

Image
Semenjak-menjak ni.... dah macam kemaruk buat RVC (Red Velvet Cake). Happy bila tengok hasilnya, kek berwarna merah bata dan texturenya. Rasanya pun lain dai yang lain. Hari ni jiran ku, Kak M buat majlis manyambut MaulidulRasul, bahan-bahan pun dah ada apa lagi, RV cake lagi lah... Semalam dah letak cendawan, hari ni lain pula deco nya. Tabur milk chocolate. Ini lah hasilnya... 1.6 kg Selamat mencuba... Terima kasih atas jemputan Kak M . Semoga majlis yang diadakan mendapatkan keredaan Illahi. Amin.

Red Velvet Cake

Image
My second attempt. Alhamdullilah successful. Hari ni request from my officemate Mok Jah.... nak makan-makan Red Velvet Cake kat rumah. Thank you for the order.... kalau sedap pun bagitau... tak sedap pun bagi tau.....Kita ni beginners tak pandai sangat mendeco cake... budak baru belajar...

Birthday Cake - Red Velvet

Image
Red Velvet Cake Birthday cake untuk Wan Aishah dan Wan Mariyam kali ini agak istimewa. Dah jemu dengan chocolate & cheese cake kali ini percubaab pertama Red Velvet Cake. Alhamdulillah. Berjaya juga. Hasilnya amat menyakinkan. Cake ni tak boleh makan selalu, topping cheesenya wow!! boleh mengemukkan. Tapi ini pun quantity chessenya telah dikurangkan. Tapi kalau sekali sekala menjamahnya...ok lah agaknya...... sebenarnya nak pujuk hati supaya sanggup makan. Habislah diet ku. Dayak lah jadinya. Tapi tak apa ni khas untuk anak-anak ku. Biarlah mereka bergembira menikmati kek hari Jadi mereka..... Resepinya seperti dibawah..... Silalah mencubanya..... Thank you to joy baking.com for sharing the recipe.. Really appreciated it... Red Velvet Cake: 2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour 1/2 teaspoon salt 2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder 1/2 cup (113 grams) unsalted butter , at room tem...

Happy Birthday to my twin.....

Image
Hari ini genaplah usia anak kembar ku 18 tahun. Pejam celik- pejam celik rupanya dah besar panjang anak-anak ku. Wan Aishah & Wan Mariyam kini telah mula memasuki alam dewasa. Macam tak percaya pulak. Kini usia ibunya pun dah ehem ehem... masih muda lagi... muda dalam hati.... Rasanya macam baru lagi anak-anak memasuki sekolah rendah, kini mereka dah selesai dah kini menunggu keputusan SPM. Doa ku semoga mereka mendapat keputusan cemerlang. InsyaAllah semua ini adalah kuasa Illahi, segalanya Qadak & Qadar, kepada Nya lah kita berserah, segalanya datang dari Allah. Kita hanya berusaha dan Allah yang tentukan. Debaran nya akan lebih terasa pada awal bulan mac. Hari ini mama tak sempat untuk bake cakes untuk anak-anak. Hanya makan cake dari Secret recipe. Tak pa lah nanti bila bapa dah balik dari outstation kita celebrate bersama... Ok .... welcome to adulthood life... Life will be more challenging and merrier... That is all about life....... Mama doakan anak-anak terus berjaya d...

CNY

Cuti CNY tahun ini kami tak kemana-mana, hanya melepak kat rumah. Sekali sekala nak merasa berehat kat rumah. Tak larat lagi nak berjuang atas jalan raya dengan traffic jam. Kami sekeluarga sepakat tak mahu bercuti kemana-mana sebab memandangkan keadaan cuaca yang tidak begitu mengizikan. Selatan Tanah Air yang dilanda banjir. Lepas tu pulak Yusof cuti sekejap sahaja. Hari Ahad dah kena hantar balik ke asrama. Kami sekadar berehat di rumah sambil masak2 dan makan2 kat rumah. Keadaan disekeliling rumah juga agak lengang sebab jiran-jiran bercuti luar kawasan. Syukur cuaca di KL hari ini terang benderang. Makan malam kami sediakan steambot. Makanan kesukaan anak-anak, sambil berebut-rebut mencedok dalam periuk dan juga bergurau senda sesama sendiri. Itulah gelagat anak-anak ku apabila semua berkumpul di rumah. Huru-hara di Mesir. Beberapa hari ini aku amat risau apabila mengenangkan anak-anak kawan-kawan ku dan saudara ...