Salam Ramadan, Pada 31 Julai 2012 bersamaan 11 Ramadan 1433, aku & kawan-kawan office ku telah mengunjungi Pusat Jagaan OKU Nur di Tasik Titiwangsa, KL untuk meninjau keadaan penghuni serta keperluan pusat jagaan berkenaan. Kunjungan kami di sambut ceria oleh Linda, salah seorang penghuni Pusat Jagaan OKU Nur. Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap mereka memandangkan amat jarang-jarang sekali ada pihak yang datang berkunjung ke pusat jagaan berkenaan. Penghuni di pusat jagaan ini terdiri dari OKU mental, warga emas dan juga OKU pekak & bisu. Warga emas yang menghuni pusat jagaan ini tidak lagi mempunyai waris dan mengharapkan Pn Normah yang merupakan pengasas pusat jagaan ini untuk menjaga mereka. Dibahagian hadapan rumah Pusat OKU Nur. Pn Normah turut dibantu oleh seorang pembantu yang diba...
Comments
Post a Comment