Hidangan di bulan puasa
Dah 9 hari kita berpuasa ya... cepat sekali masa berputar.......
Hari ni baru sempat nak update blog pasal hidangan berbuka puasa. Tiap-tiap hari pun masak juga, tak kira simple masakan nya atau agak rumit masakan. Saya tetap masak. Bukan tak boleh beli, tapi rasa lebih selesa memasak, masakan lebih panas dan menyelerakan.
Tapi murtabak tak boleh buat sendiri, keluarga ku lebih gemar dengan "Murtabak Taiping" yang di jual di Bazar Ramadhan. Pak Cik yang jual murtabak tu dah kenal suami ku, tiap-tiap hari sudah disediakan 3 keping murtabak untuk kami.... Best juga dah jadi pelanggan tetap ni....
Hari ni aku prepare popiah goreng dan juga lain-lain makanan. Kelam-kabut dibuatnya balik dari kerja singgah beli kulit popiah dan sengkuang. Lepas tu nak prepare inti nya kemudian nak balut pulak.
Menu seterusnya ialah gulai ketam masak lemak. Bukan lemak putih atau lemak cili padi, tapi masak lemak cili merah. Dalam bulan puasa ni tak boleh sediakan masakan extream sangat pedas, cili padi tu takut sakit perut pulak. Jadi sedang-sedang ajelah masakan nya.
Anak-anak ku gembira sangat dapat berbuka dengan makanan kegemaran mereka.
Tapi masa berbuka, masing-masing kena hembus(tiup) popiah goreng tu sebab panas membara.....mahu melecur lidah dibuatnya... tak pe lah, dah nak buat sendiri itu lah jadinya... kalau beli kat bazar dah sejuk...

Gulai ketam masak lemak

Entah apa pula resepi esok ya.... pening kepala nak pikir menu bulan puasa ni......

Comments
Post a Comment