Posts

Showing posts from August, 2010

Hidangan berbuka hari ke-14 di bulan Ramadhan

Image
Anak-anak dah mula jemu berbuka dengan nasi. Puas fikir nak masak apa pulak. Anak-anak suggest mereka nak makan mee. Oh!! mudah je, kita buat mee bandung Muar. Perencah adami dah ada. Apa lagi teruskan lah hajat berbuka dengan mee bandung. Lepas sahur awal-awal pagi dah rebus daging dalam presure cooker. 1 jam dah empuk daging. Sebelum pergi kerja dah selesai. Petang nanti hanya nak terus masak. Inilah dia mee bandung muar, ada daging, udang dan juga telur....bolehlah menjamu selera di rumah tak perlu ke Muar lagi..... Selamat berpuasa..... terus beramal dan beribadat, buat yang terbaik. Belum tentu Ramadhan tahun depan bersama kita lagi......Ya Allah panjangkan lah umur ku dan berilah kesihatan yang baik pada ku dan keluarga ku......Amin.

Hidangan berbuka hari ke-13 di bulan Ramadhan

Image
Pagi Ahad, puas ku fikir apa nak dibekalkan kepada anakku untuk balik ke asrama. Tiba-tiba Yusof minta dibekalkan blueberry cheese tart. Apalagi aku terus mengadap peti sejuk, terus prepare bahan2 untuk nak buat tart. Nasib baik semua bahan dah ada dalam simpanan. Tengah hari semua dah siap, dibekalkan Yusof cheese tart dan juga spaghetti bolognese kegemarannya. Kesian pulak dah balik asrama nanti kena makan nasi kawah ajelah.. tak pe lah anak-anak berkorban lah sikit untuk kesenangan di kemudian hari. Kami bertolak ke Alor Gajah pukul 2:45 ptg. Alhamdullilah selamat sampai di Alor Gajah dan kembali ke rumah di KL sebelum 7:00 mlm. Inilah dia blueberry cheese tart. Dah masuk hari ke -12 Ramadhan, sekejap je dah nak hampir 1/2 bulan. Selamat berpuasa, niat dalam hati nak memperbanyakkan ibadah dalam bulan puasa ni... tapi banyak betul dugaannya. Semoga Allah kuatkan semangat ku... jangan ikutkan hati dan nafsu sebab dalam bulan Ramadhan ni syaitan dah dirantai....InsyaAllah.

Hidangan berbuka hari ke-12 di bulan Ramadhan

Image
Hari ni hari Sabtu, bolehlah fikirkan hidangan yang lebih istimewa untuk keluarga ku... anakku minta nak makan Nasi bukhari. Nasi Bukhari cara akulah.... biasanya hentam saja, tapi Alhamdulillah tidak menghampakan. Yusof dapat pulang bermalam, juga anak saudara dari Pusat Asasi Sains UM juga datang ke rumah. Jadi hari ni ramai juga ahli keluarga yang akan sama-sama berbuka puasa. Meriah sekali. Penat masak pun tak apa, puas hati anak-anak dapt makan dengan gembiranya.... Nak keluar makan kat kedai tak berapa gemar, lebih suka santai kat rumah. Senang, lepas berbuka boleh cepat-cepat ready nak pergi sembahyang Tarawih di Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara. Ku sediakan hidangan Nasi Bukhari, Dalca daging, Ayam Bukhari dan juga jelatah timun. Juga tak lupa papedom. Tak ketinggalan suami ku membeli murtabak ayam. Hidangan wajib setiap hari... entah bila anak-anak ku nak jemu dengan murtabak ni..... Minuman nya seperti biasa, air soya panas & air teh. Kami sekeluarga tak minum a...

Hidangan di bulan puasa

Image
Dah 9 hari kita berpuasa ya... cepat sekali masa berputar....... Hari ni baru sempat nak update blog pasal hidangan berbuka puasa. Tiap-tiap hari pun masak juga, tak kira simple masakan nya atau agak rumit masakan. Saya tetap masak. Bukan tak boleh beli, tapi rasa lebih selesa memasak, masakan lebih panas dan menyelerakan. Tapi murtabak tak boleh buat sendiri, keluarga ku lebih gemar dengan "Murtabak Taiping" yang di jual di Bazar Ramadhan. Pak Cik yang jual murtabak tu dah kenal suami ku, tiap-tiap hari sudah disediakan 3 keping murtabak untuk kami.... Best juga dah jadi pelanggan tetap ni.... Hari ni aku prepare popiah goreng dan juga lain-lain makanan. Kelam-kabut dibuatnya balik dari kerja singgah beli kulit popiah dan sengkuang. Lepas tu nak prepare inti nya kemudian nak balut pulak. Menu seterusnya ialah gulai ketam masak lemak. Bukan lemak putih atau lemak cili padi, tapi masak lemak cili merah. Dalam bulan puasa ni tak boleh sediakan masakan extream sangat pedas, cili...

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Image
Assalamualaikum, Selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin & muslimat tak kira kecil atau besar, kaya atau miskin....... Ketika ini kita mengabdikan diri pada ALLAH s.w.t dengan melaksanakan kewajipan berpuasa. Berpuasalah kita sebagaimana umat-umat yang terdahulu berpuasa. Harapan semua umat semoga puasa kita akan mendapat keredhaanNya, jangan hanya dapat lapar dan dahaga. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Anggaplah Ramadhan tahun ini adalah yang terakhir bagi kita. Entah bila kita akan dijemput oleh ALLAH s.w.t Hari ni dah masuk 9 Ramadhan 1431 Hijrah, tak sempat nak update blog, sibuk lah katakan. Bulan Ramadhan ini penuh dengan berbagai-bagai activity. Beruntung kerja kat TM ni, setiap hari khamis ada ceramah perdana, minggu ini penceramahnya ialah Dr Azahar Yaakub dari UTM. Tajuk ceramah ialah KPI Al Quran di Bulan Ramadhan . Tersentak diri ku apabila ustaz menyebut kita berbohong pada diri sendiri apabila selesai membaca Al Quran kononnya kita ...

Air soya

Image
Air soya ni adalah minuman kegemaran keluarga ku. Bila tiba bulan Ramadhan, air soya lah menjadi hidangan berbuka puasa selain dari buah tamar dan juga murtabak. Dah jadi sebahagian dari makanan wajib ada atas meja ketika berbuka. Minggu ni aku nak buat air soya, preparation untuk bulan puasa. Aku nak ajar maid ku buat sebab nanti dalam bulan puasa tahun ini kami tak payah beli lagi. Suruh je dia buat, dapatlah kami berbuka dengan air soya segar dari rumah. Sama ada nak minum soya panas atau soya sejuk, apa saja pun boleh. Tapi kami sekeluarga lebih suka minum soya panas tanpa ais. Lebih sihat dan lebih sesuai untuk Wan Aishah yang ada penyakit asthma. Juga kena jaga kesihatan, tak lama lagi nak pergi tarawih. Seronoknya Ramadhan dah hampir tiba, syukur pada Allah, dipanjangkan umur Insyaalah untuk dapat berpuasa lagi tahun ini... Mari kita sama-sama buat air soya sendiri, tak bimbang soal bersih dan juga halal tak halal. Home made air soya ni agak senang cuma agak penat sikit sebab ke...

Roti lagi.............Red bean bun dan roti sausage

Image
Kakak ipar ku Kak Esah, nak belajar buat red bean bun.... tapi masa tidak begitu mengizinkan. Abang Brahim tak sihat, baru keluar dari IJN. Semasa dia mendapat rawatan di IJN kami sekeluarga telah pergi menziarahinya. Aku bawa buah tangan, roti la... sebab aku rasa itulah makanan yang sihat yang sesuai untuk orang yang berada di hospital. Bukan untuk pesakit saja tapi juga orang yang menemani pesakit. Kini Abang Brahim sudah keluar dari hospital dia teringin nak makan roti, Kak Esah nak belajar buat red bean bun dengan ku... tapi masanya belum sesuai. Nanti bila dia dah ready....kita buat sama-sama ya. Jadi untuk tidak menghampakan mereka, ku hadiahkan sarapan pagi dengan sebakul roti kepada mereka .... Selamat bersarapan & enjoy your breakfast. Inilah dia hasilnya... My favorite bun - Red bean bun Sausage bun - kegemaran Wan Aishah & Wan Ahmad Ibrahim Roti berinti serunding ikan - Cheese bun - Bun ini permintaan dari Wan Ahmad Ibrahim... berebut mereka makan roti ni. Orang be...

Berehat di Colmar Tropicale

Image
Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk, routine dirumah seperti biasa, hantar anak-anak pergi sekolah dan hantar pergi tuition petang atau malam. Kalau suami tak out station tak perlulah aku hantar anak pergi sekolah waktu pagi, suami ku yang akan hantar dalam perjalanan ke office. Kebelakangan ini suami ku sibuk sangat, kononnya sebab dah nak puasa. Nak selesaikan tugas-tugas out station sebelum Ramadhan. Hujung minggu pun kena out station. Minggu ini dia kena pergi ke Bukit Tinggi, Colmar Tropicale, Berjaya Hills. Apa lagi anak-anak ku semuanya nak ikut. Sampaikan Aishah yang retak tulang bahu pun nak ikut sama. Jadi semua ikut pergi... cuma Yusof saja yang tak ada... Padahal banyak kerja nak buat kat rumah. Barang-barang basah kat dapur pun dah kehabisan. The Colmar Tropicale - Berjaya Hills.... here we come! Colmar Tropicale - Berjaya Hills is a unique resort that sits 2,700 feet above sea-level on highlands. Yang pertama dan hanya satu sahaja yang seumpama dibina di Malaysia, ...