Konvokesyen UTHM Wan Aishah
Syukur Alhamdulillah, pada 16/10/2016 anak ku Aishah dah berjaya menggenggam segulong ijazah dari UTHM (Universiti Tun Husseon Onn) - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia & Bioteknologi. Segala macam pengalaman & dugaan yang dihadapi. Sejak dari Matrikulasi di Gopeng, Aishah telah diduga dengan sakit, dulu di Matrikulasi sakit sinus & asthma hingga masuk hospital. Buat operation bahagian tekak & kerongkong hingga buat peperiksaan English Muet di KPJ Damansara Specialist. Bila belajar di UTHM pula dgn dugaan kaki yang perlu operation selepas main netball di UNIMAP Perlis. Belajar dari rumah sewa sepanjang 1 semester selepas operation tanpa dapat masuk kelas proper. Syukur, dengan tekad dan usaha serta dgn izin Allah SWT, Aishah berjaya dan mendapat anugerah ANC (Anugerah Naib Canselor). Semoga anakku berjaya didunia & akhirat. Moga senang dapat kerja & dan moga dipermudahkan mendapat jodoh..... In sya Allah. ...