Posts

Showing posts from September, 2016

Selamat melanjutkan pengajian anakku

Image
16/9/2016 - Selamat Hari Malaysia 16/9/2016 - Juga suatu hari yg amat bersejarah bagi anak ku Yusof, dia akan melangkah kaki melanjutkan pengajian di UK. University of Nottingham. Selamat berangkat anak ku ke negara asing. Semoga perjalanan mu mendapat barakah & diredai Allah S.W.T Detik-detik bersejarah di KLIA. Dengan linangan air mata semua ahli keluarga melepaskan Yusof ke UK. Setelah sekian lama berjuang utk mendapat result terbaik bagi memperolehi keputusan cemerlang bagi A-Level dan menepati kehendak MARA. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Impian anakku akhirnya tercapai. Von Voyage Yusof. We love you so much. Selamat merantau. Jauh perjalanan luas pandangan. Berusaha & belajar menuntut ilmu kerana Allah. Semoga mendapat keredhaan Illahi.

KMS Graduation day.

Image
Kolej MARA Seremban(KMS)  Graduation day   21 August 2016 Alhamdulillah, anak ku Wan Yusof telah lulus A-Level. Setelah berpenat lelah dan berjuang siang & malam serta berkat doa dan usaha, Maka dengan izin Allah SWT maka luluslah A-Level dgn keperluan keputusan yg diperlukan oleh pihak MARA utk tajaan ke luar negara. Majlis graduan diadakan di  The Royale Bintang Resort and Spa Seremban Tiada ucapan lain, melainkan memanjatkan kesyukuran yang amat sangat pada Allah SWT. Semoga tercapai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Semoga kembali ke Tanah Air kelak dapat berbakti kepada negara, bangsa & negara. Juga kepada keluarga dan ummah sekelian. Syabas & Tahniah.