Posts

Showing posts from 2016

Bercuti di Avilion PD

Image
Bila cuti sekolah, maca2 cadangan utk makan angin. Tapi nasib baik dapat juga bercuti di Avilion Hotel Port Dickson.   Avillion Hotel Port  Anak-anak pun happy la.. Gambar disekitar percutian.

Konvokesyen UTHM Wan Aishah

Image
Syukur Alhamdulillah, pada 16/10/2016 anak ku  Aishah dah berjaya menggenggam segulong ijazah dari UTHM (Universiti Tun Husseon Onn) - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia & Bioteknologi. Segala macam pengalaman & dugaan yang dihadapi. Sejak dari Matrikulasi di Gopeng, Aishah telah diduga dengan sakit, dulu di Matrikulasi sakit sinus & asthma hingga masuk hospital. Buat operation bahagian tekak & kerongkong hingga buat peperiksaan English Muet di KPJ Damansara Specialist. Bila belajar di UTHM pula dgn dugaan kaki yang perlu operation selepas main netball di UNIMAP Perlis. Belajar dari rumah sewa sepanjang 1 semester selepas operation tanpa dapat masuk kelas proper. Syukur, dengan tekad dan usaha serta dgn izin Allah SWT, Aishah berjaya  dan mendapat anugerah ANC (Anugerah Naib Canselor). Semoga anakku berjaya didunia & akhirat. Moga senang dapat kerja & dan moga dipermudahkan mendapat jodoh..... In sya Allah. ...

Selamat melanjutkan pengajian anakku

Image
16/9/2016 - Selamat Hari Malaysia 16/9/2016 - Juga suatu hari yg amat bersejarah bagi anak ku Yusof, dia akan melangkah kaki melanjutkan pengajian di UK. University of Nottingham. Selamat berangkat anak ku ke negara asing. Semoga perjalanan mu mendapat barakah & diredai Allah S.W.T Detik-detik bersejarah di KLIA. Dengan linangan air mata semua ahli keluarga melepaskan Yusof ke UK. Setelah sekian lama berjuang utk mendapat result terbaik bagi memperolehi keputusan cemerlang bagi A-Level dan menepati kehendak MARA. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Impian anakku akhirnya tercapai. Von Voyage Yusof. We love you so much. Selamat merantau. Jauh perjalanan luas pandangan. Berusaha & belajar menuntut ilmu kerana Allah. Semoga mendapat keredhaan Illahi.