Posts

Showing posts from November, 2012

Bercuti di Legoland

Image
Cuti Hari Deepavali yang lepas (12/11/2012) kami sekeluarga berkunjung ke Johor. Kami telah beli tiket online untuk bersukaria di Taman Tema Legoland Malaysia. Awal-awal pagi kami telah sampai di Nusajaya, Legoland. Kami bermalam di rumak Mak Cik di Skudai. Anak-anak Makcik menghantar kami ke sana. Cepatlah sebab ada panduan ke Nusajaya. Bila kami sampai, wow!!!! dah hampir penuh parking, walaupun jam baru menunjukkan 10:15 AM. Orang dah sampai pagi-pagi lagi. Kami pun  beratur untuk masuk, lucky that we have bought the ticket online. Kalau tidak jenuh nak queue untuk beli ticket. Ramainya orang queue nak masuk. Kami pun dah tak sabar lagi nak masuk.... Lihatlah gambar-gambar di sekitar percutian kami di Legoland. Gambar dah nak keluar dari Legoland. Lain-lain gambar akan dimasukkan later....

UPSR Result day!!!

Image
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mula-mula ingatkan Kementerian Pelajaran akan umumkan pada 12/11/2012. Tapi akhirnya telah diumumkan pada 19/11/12. Apa lagi kami sekeluarga jam 10:00 AM telah berada di sekolah. Wan Ahmad paling tak senang duduk, sekejap rasa nak termuntah dsb. Biasalah ini pengalaman pertama dia nak ambil result..peperiksaan yg besar. Layan gambar Wan Ahmad bersama kawan-kawan nya.... Debaran masih belum begitu terasa. Three stooges yang sentiasa bersama..... Mama & bapak sentiasa bersama untuk memberi sokongan moral... Maknya pun sama berdebar-debar... Guru besar menyampaikan ucapan. Terdapat perkembangan yang baik untuk SKBSD1 Tahun 2012 terdapat seramai 30 pelajar mendapat pencapaian cemerlang 5A. Guru kelas mula memanggil nama pelajar ikut alphabet... Wow... Wan Ahmad jenuh berdebar nak tunggu cik gu panggil namanya... Sekejap senyum sekejap diam.... macam-macam kerenah dia... Akhirnya.... anak ku Wan Ahmad Ibrahim d...

Hari Anugerah Cemerlang

Image
Hari yang amat bermakna buat anak ku Wan Ahmad Ibrahim juga kepada keluarga kami. Wan Ahmad sebagai ketua pengawas telah di anugerahkan sebagai "Tokoh Kepimpinan Lelaki 2012". Sepanjang beliau menjadi pengawas dari tahun 3 hingga ke tahun 6, beliau telah banyak berbakti untuk sekolah. Sentiasa bekerjasama dengan guru-guru. Bermula dgn Guru Besar Datin Ding Eng Lih dan seterus En Gazali. Berkat ketabahan dan kesabaran beliau dianugerahkah "Tokoh Kepimpinan Lelaki 2012". Ahamd adalah seorang anak yang aktif, dia telah menjadi ketua rumah biru, mendapat pangkat Sarjan dalam pasukan TKRS yang mana hanya beliau yg memperolehi pangkat tersebut semasa kem di Sabak Bernam. Hanya 20 org yg memperolehi pangkat tersebut berbanding dgn penyertaan dari semua sekolah di Selangor. Mama amat berbangga dengan Ahmad. Jadilah anak yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan lupa solat dan sentiasalah menghormati orang tua. Gambar-gambar disekitar hari Anugerah Cemerlang pada 8/11/2...