Posts

Showing posts from August, 2012

Pesanan buat diri sendiri

Image
Terima kasih kepada yang telah post dlm facebook. Saya masukkan dlm blog sebagai reference dimasa akan datang. CARA PEMAKANAN RASULULLAH S.A.W PENTING SEKALI - JANGAN MAKAN  DAN MINUM  SUSU BERSAMA :-   SUSU bersama DAGING  SUSU bersama AYAM  SUSU bersama IKAN  SUSU bersama CUKA  SUSU bersama BUAH (Contoh: Koktel,yougurt)  IKAN bersama DAUN SALAD  IKAN bersama DAGING  IKAN bersama TELUR TIDAK MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS MAKAN. MAKANLAH BUAH SEBELUM MAKAN. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM, Barangsiapa yang tinggal makan malam dia akan di makan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah.

Hari Raya Aidil Fitri Syawal 1433 @ August 2012

Image
Tema baju raya tahun ini kami pilih warna purple. Dah lama kami tak bergambar family. Lihatlah gambar kami sekeluarga. Bergambar di sekitar rumah mak, beranda rumah Mak Tok yang begitu indah sekali.  Photo was taken using the iPad. Sedar tak sedar kini anak-anak ku dah besar. Lihat mereka dah jadi anak dara dan anak teruna. Syukur anak-anak ku kini sudah menjejakkan kaki mereka di menara gading. Semoga anak-anak ku semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Amin. Myself  and my hubby Wan Ahmad Ibrahim dan Wan Aishah. Wan Mariyam and Wan Ahmad Ibrahim Wan Yusof and Wan Ahmad Ibrahim Wan Mariyam and Wan Yusof Wan Yusof and Wan Aishah

Kunjungan susulan ke Pusat Jagaan OKU Nur.

Image
Setelah semua barangan siap dikumpul, kami mengunjungi semula ke Pusat OKU Nur untuk menyerahkan sumbangan staff GEMS dan GIT. Hanya Allah yang maha tahu hasrat kami untuk sama-sama membantu mereka. Semoga Allah jua lah yang dapat mengembirakan mereka & semoga kita sama-sama diberi hidayah oleh Allah s.w.t. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kunjungan kami sekadar untuk mengembirakan mereka agar terubat hati mereka merayakan Hari Raya tanpa ibu bapa tersayang. Juga diharapkan nenek yang tanpa waris dapat gembira dengan kunjungan kami sebagai cucu-cucu mereka. Lihatlah gambar-gambar sekitar kunjungan kami ke sana.