Bulan Maulidul Rasul.
Bulan ini adalah bulan Maulid. Bulan yang mulia yang kita perlu menghayati peribadi mulia Rasullallah SAW. Pagi ini ku terima email dari kawan-kawan melalui GEMS-ebay@yahoogroups.com . Terima kasih banyak2 pada sahabat yang share article ini. Berikut adalah article berkaitan dengan isteri-isteri Rasullalah & anak-anak dan cucu baginda. Sengaja saya masukkan dalm blog supaya mudah untuk saya rujuk kelak. Mengetahui peribadi Rasullallah adalah sebahagian yang dituntut sebagai tanda kita menyayangi Rasullallah SAW. ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW. Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah. Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan...